Kemudahan awam yang terdapat di Kampung Pagoh boleh disifatkan sebagai sempurna dan lengkap. Hampir keseluruhan penduduk mendapat bekalan elektrik dan air yang mencukupi. Disamping itu, kemudahan-kemudahan asas seperti dewanraya, kompleks sukan, padang bola, jalanraya berturap, pondok telefon, surau dan masjid turut terdapat di Kampung Pagoh.

Selain daripada kemudahan asas yang terdapat di kawasan kampung, penduduk juga boleh mendapatkan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan lain seperti perbankan, perkhidmatan pos, kesihatan dan keperluan harian di Pekan Pagoh & Pagoh Jaya.

Masjid Pekan Pagoh 2

Masjid Pekan Pagoh

Kompleks Sukan Pagoh

Kompleks Sukan Pagoh

Dewan Serbaguna Pagoh

Dewan Serbaguna Pagoh

Pejabat Pos Pagoh

Pejabat Pos Pekan Pagoh