GIATMARA PAGOH

Giatmara Pagoh

Giatmara merupakan sebuah institusi latihan peringkat akar umbi yang ditubuhkan di bawah akta syarikat dan dikenali sebagai GIATMARA Sendirian Berhad. Pentadbiran GIATMARA diletak di bawah MARA, sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB). Giatmara semasa telah dilengkapi dengan infrastruktur terkini bagi kemudahan pembelajaran. Jarak perjalanan dari Kampung Pagoh ke Giatmara Pagoh ialah sejauh 1km.

 

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SHAH 1, PAGOH MUAR

Sek Men ALRISHA

Merupakan sekolah menengah yang paling hampir dengan Kampung Pagoh iaitu dengan jarak 500m.

 

SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN PAGOH & SEKOLAH AGAMA PEKAN PAGOH, KAMPUNG PAGOH

Sek Ren Pekan Pagoh Sek Agama Pekan Pagoh

Terdapat dua buah sekolah di Kampung Pagoh iaitu Sekolah Kebangsaan Pekan Pagoh dan Sekolah Agama Pekan Pagoh. Kedua-dua buah sekolah ini terletak berhampiran dengan Kampung Pagoh dengan jarak 500m bagi sekolah rendah & 1.4km bagi sekolah agama.

 

PDK PAGOH & TASKA PERMATA KEMAS TAMAN SRI PAGOH

 DSC0467 Taska Permata KEMAS Taman Sri Pagoh

PDK Pagoh atau lebih dikenali sebagai Program Pemulihan Dalam Komuniti dibawah kelolaan Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya yang menempatkan sekurang-kurangnya 25 pelajar kurang upaya di sekitar Kampung Pagoh. Terdapat juga Taska Permata Kemas @ Taman Sri Pagoh dengan jarak 1.9km dari kampung Pagoh.