KAMPUNG PAGOH

 

gerbang.pagoh

 

ASAL USUL PAGOH

 

- Maksud Pagoh ialah 'Bagus'.

 

- Dibuka oleh Dato' Bendahara Wan Sulaiman dari Kota Tinggi pada tahun 1707.

 

- Penduduk asalnya terdiri daripada orang Jawa, Minangkabau dan Bugis.

 

- Pagoh merupakan satu tempat penting yang mempunyai kaitan rapat dengan kerajaan Empayar Melayu Melaka.

 

- Lokasinya yang terletak di pinggir sungai terdapat sebuah kubu yang terletak di Kuala Sungai Pagoh merupakan kubu terakhir angkatan Melaka apabila diserang oleh Portugis pada tahun 1511.

 

- Pagoh ialah sebuah pekan besar yang terletak di Daerah Muar, Johor, Malaysia. Lokasinya kira-kira 21kilometer dari Bandar Muar. Ia dihubungkan melalui dua buah jalan utama iaitu Jalan Muar-Labis (J32) dan Jalan Pagoh-Parit Sulong (J23). Pekan besar ini mempunyai sebuah persimpangan bertingkat bagi Lebuhraya Utara Selatan (EXIT 238 PLUS).

 

- Kawasan persekutuan Pagoh secara majoritinya berada di dalam daerah Muar, dengan sebilangan kecilnya di dalam daerah Tangkak dan Segamat.

 

DEMOGRAFI

 

Demografi penduduk di Pagoh majoritinya adalah dari orang Melayu yang menduduki kawasan kampung, taman perumahan, kawasan FELDA seperti di Bukit Serampang dan ladang kelapa sawit seperti yang diusahakan oleh Kumpulan Guthrie Berhad. Majoriti orang Cina pula tinggal di kawasan bandar dan perumahan yang berdekatan. Manakala majoriti orang India tinggal di kawasan ladang kelapa sawit dan taman perumahan yang terdapat di Pagoh.

 

Terdapat juga kawasan baharu seperti Bandar Universiti Pagoh yang merupakan sebuah bandar universiti yang terbesar di utara Johor.

 

Kawasan Bukit Pasir majoriti penduduknya adalah dari kalangan orang Cina. Ladang Pengkalan Bukit pula majoritinya adalah dari kalangan orang India. Mukim Sungai Raya dan Mukim Sungai Terap merupakan mukim yang terdapat ramai penduduk dari kalangan orang Melayu.

 

Kawasan ini juga terletaknya kawasan pilihan raya negeri bagi Bukit Kepong dan Bukit Pasir yang mana sebelum ini dikenali sebagai Bukit Serampang dan Jorak. Para penduduk di sinilah yang menentukan wakil rakyat mereka bagi Dewan Negeri Bukit Pasir, Dewan Negeri Bukit Kepong dan Parlimen Pagoh.

 

Kampung Panjang Sari merupakan kawasan yang mempunyai begitu ramai penduduk. Kampung-kampung lain termasuklah Kampung Permatang Pasir, Kampung Paya Redan, Kampung Parit Masjid dan lain-lain. Antara pekan kecil yang terdapat di Pagoh, termasuklah Lenga, Jorak dan Simpang Kiri.

 

Taman perumahan yang ada termasuklah, Taman Pagoh Jaya, Taman Seri Pagoh, Taman Bukit Pasir dan lain-lain.

 

Jendela Map Kampung Pagoh

 

STATISTIK BANCI 2020 P143: PAGOH

 

Statistik Banci 2020 P143 Pagoh
Jumlah Penduduk 95,202
Kepadatan Penduduk 76 / km2
Nisbah Jantina (L : P) 127 : 100
Kumpulan Etnik
Bumiputera 72.8
Cina 23.9
India 3.1
Lain-Lain 0.3

 

 

AHLI PARLIMEN, ADUN, PEGAWAI DAERAH, PENGHULU DAN KETUA KAMPUNG

AHLI PARLIMEN

YB TAN SRI DATO’ HAJI MAHIADDIN BIN MD YASIN

(P143: PAGOH)

P143 AHLI PARLIMEN

ADUN KAWASAN

YB DATO’ DR. SAHRUDDIN BIN HAJI JAMAL

(N7: BUKIT KEPONG)

N7 DUN KAWASAN BKT KEPONG

PEGAWAI DAERAH MUAR

YB DATO' HJ MUSTAFFA KAMAL DATO' HJ SHAMSUDIN

ydp hj mustaffa 1

PENGHULU

ENCIK MOHD AZHAR BIN AZIZ

(MUKIM JORAK/PAGOH)

Unknown person

KETUA KAMPUNG

EN. BAHARUDIN BIN TUMIN

(KAMPUNG PAGOH)

KETUA KAMPUNG PAGOH


Sumber Rujukan / Carian :
 
 Pejabat Derah Negeri Johor, Majlis Perbandaran Muar