Terdapat beberapa kawasan perlancongan dan tempat bersejarah di sekitar Kampung Pagoh yang boleh dilawati dan diterokai, antaranya:

Taman Herba Nasuha

 Taman-Herba-Nasuha-Nasuha-Herbs-Spice-Farm-12

Ramai yang beranggapan lokasi seperti ladang dan kebun kurang menarik untuk dijadikan lokasi jalan-jalan bersama keluarga. Namun persepsi anda mungkin berubah setelah berkunjung ke Ladang Herba & Rempah Nasuha yang terletak di Jalan Muar-Pagoh, Muar ini. Ladang yang berkeluasan 3,200 hektar ini telah menempatkan kira-kira 150 species rempah dan herba dari seluruh dunia. Ia juga merupakan ladang herba terbesar di Asia Tenggara. Hampir separuh daripada rempah dan herba yang terdapat di ladang ini adalah berasal dari Eropah, Afrika, dan serata Asia.

Taman Herba yang dimiliki dan diusahakan oleh Encik Nasuha Kasian ini mampu menghasilkan kira-kira 6-10 tan metrik bahan mentah herba dan rempah untuk dipasarkan ke dalam dan luar negara. Struktur geografi ladang yang berbukit ini menjadikan hasil tanaman di sini segar tanpa menggunakan baja kimia dan racun.

Antara tarikan utama di ladang ini adalah Restoran Herba yang memiliki seni bina dan dekorasi dalaman yang mampu memukau setiap pengunjung. Pengunjung juga berpeluang merasai pelbagai menu istimewa ditawarkan di restoran ini antaranya beriani herba ayam, asam pedas kambing Barbados, sup herba, dan banyak lagi.

 

Masjid Jamek Sultan Alauddin Riayat Shah 1, Kg Raja, Pagoh

Makan Sultan AlauddinMasjid Sultan Alauddin

Masjid ini telah dibina pada tahun 1970an berhampiran makam Sultan Alauddin selepas kerajaan negerinya Melaka telah dijajah.  Baginda mangkat & dimakamkan bersebelahan masjid ini. Keberangkatan baginda sultan ke Pagoh adalah kerana ingin beristirahat di istana hinggap (rumah persinggahan). Sultan Alauddin telah membina istana hinggap kerana Sungai Pagoh merupakan laluan utama dari Melaka menuju ke Pahang. Dek kerana sungai ini penghubung ke beberapa negeri lain, maka sebuah istana hinggap didirikan di Pagoh untuk Sultan Alauddin berehat sekiranya mempunyai urusan di negeri luar.

“Ini terbukti apabila Masjid Sultan Alauddin Riayat Shah di kampung ini dibina berhampiran makam baginda beberapa tahun lalu, menemukan pelbagai barang istana seperti pinggan mangkuk dan perhiasan tembikar. “Melalui penceritaan terdahulu, pada 1488, baginda bersama beberapa pengikut telah belayar ke Pagoh kerana ingin berubat memandangkan perkampungan itu dahulunya mempunyai masyarakat Orang Asli yang pakar perubatan tradisional,” tetapi perubatan itu tidak sempat dijalankan apabila tahap kesihatan baginda merosot sebelum meninggal dunia di Pagoh tidak lama kemudian.