USAHAWAN KECIL PENGUSAHA BAKERI, PASTRI & FROZEN

Nama : Mohd Fauzi Bin Tumis
Umur : 43 tahun
Ahli : 2022

 

Latar belakang

Beliau tinggal di Kampung Selancar, Pagoh dan merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Pada awalnya, beliau hanya membuat roti bajet RM1.20 sebungkus dengan pelbagai perisa dan rupa serta membuat penghantaran COD (Charge On Delivery) sendiri. Seterusnya, perniagaan semakin berkembang dan mendapat sambutan sehingga mampu untuk menghasilkan pelbagai jenis makanan lain yang berasaskan bakeri seperti roti, donut, pizza dan juga menjadi dropship makanan frozen dan barangan kek. Kini, beliau telah mempunyai sebuah kedai mini bakeri yang telah diberikan nama Little Cherish Bakery. Produk beliau juga telah dapat dipasarkan ke kedai-kedai vendor makanan di sekitar Pekan Pagoh dengan jayanya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau dalam menjadi ahli di PEDi, beliau kurang pengetahuan dan pendedahan tentang ICT dan juga ilmu keusahawanan.. Selain itu, beliau juga kurang kemahiran dalam penggunaan MS Office seperti excel untuk membuat kiraan gaji bagi pekerja dan juga kurang kemahiran dalam mengiklankan produk beliau di laman sosial seperti di Facebook, Instagram dan juga Shopee.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah menjadi ahli di PEDi, beliau rajin mengikuti kelas-kelas ICT dan juga keusahawanan yang dianjurkan oleh PEDi Kg. Pagoh seperti kelas membuka akaun laman sosial di Instagram dan juga mengemaskini maklumat-maklumat tambahan di akaun Shopee. Selain itu, beliau juga sering mengikuti program-program yang dianjurkan oleh PEDi sebagai usawahan di bawah bimbingan PEDi. Tambahan pula, beliau sering mengikut kelas ICT yang dianjurkan oleh PEDi dalam mempelajari cara-cara menggunakan MS Offce iaitu Excel dalam membuat rekod bagi kiraan gaji untuk pekerja-pekerja beliau.

Beliau juga, sering menanyakan pandangan, idea-idea dan cara-cara untuk memasarkan produk mereka di laman sosial dengan menggunakan gambar-gambar yang dapat menarik minat pelanggan untuk membeli produk yang dijual. Beliau juga, amat meminati dengan kelas keusahawanan dan juga ICT yang telah dianjurkan oleh PEDi. Tambahan pula, beliau sangat rajin bertanya semasa mengikuti kelas yang dilaksanakan. Kini, beliau sudah mahir menggunakan MS Office seperti Word, Excel & powerpoint dalam membuat rekod kewangan dan mahir dalam mengendalikan kedai atas talian menggunakan Aplikasi Shopee agar dapat menarik minat pelanggan beliau.

 

 Biskut Kak Fizah 2

Biskut raya juga ada dijual di Little Cherish Bakery

 

Pizza Kak Fizah 3  Roti Kak Fizah 4

Antara produk-produk yang diusahakan En Mohd Fauzi Bin Tumis serta turut dibantu oleh isterinya Pn Rafizah Binti Ahamed