BELAJAR INTERNET, MENAIP DENGAN BETUL & MENGENAL HURUF DI KEYBOARD

Nama : Nur Farhana Binti Abdul Halim
Umur : 7 tahun
Ahli : 2022

 

Latar belakang

Nur Farhana binti Abdul Halim atau lebih mesra dipanggil sebagai A'an yang merupakan anak ke-2 daripada 3 orang adik-beradik yang menetap di rumah rakyat berdekatan PEDi Kg Pagoh. Selain itu, beliau merupakan pelajar darjah satu di SK. Pekan Pagoh. Beliau seorang yang sangat periang dan pintar.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau dalam menjadi ahli di PEDi, beliau kurang pengetahuan dan pendedahan tentang ICT. Selain itu, beliau juga kurang kemahiran dalam penggunaan komputer, kemahiran menaip, tidak mengetahui fungsi perkakasan komputer serta tidak mahir mengendalikan komputer dengan betul.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah menjadi ahli di PEDi, beliau rajin mengikuti kelas-kelas ICT yang dianjurkan oleh PEDi Kg. Pagoh seperti kelas Microsoft Word, kelas multimedia seperti melukis di aplikasi Paint, membuka video daripada aplikasi Youtube dan juga cara menggunakan perkakasan komputer dengan baik. Pada mulanya, beliau tidak mahir untuk menggendalikan komputer dengan teknik yang betul, tetapi setelah menyertai kelas ICT bersama-sama petugas PEDi Kg Pagoh, beliau semakin minat dan mula mahir dalam penggunaan komputer. Tambahan pula, beliau sangat rajin bertanya semasa mengikuti kelas yang dilaksanakan. Kini, beliau sudah mahir mengendalikan komputer dengan sendirinya tanpa memerlukan bantuan petugas dan sering ke PEDi Kg Pagoh untuk belajar ICT.