BELAJAR INTERNET, MENAIP DENGAN BETUL & MENGENAL HURUF DI KEYBOARD

Nama : Muhd Fauzan Bin Muhd Azrin
Umur : 11 tahun
Ahli : 2022

 

Latar belakang

Muhd Fauzan Bin Muhd Azrin atau lebih mesra dipanggil sebagai Fauzan, merupakan anak ke-3 daripada 5 orang adik-beradik yang menetap di rumah rakyat berdekatan PEDi Kg Pagoh. Selain itu, beliau merupakan pelajar darjah satu di Sk. Pekan Pagoh. Beliau seorang yang aktif, bijak dan cepat belajar.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau dalam menjadi ahli di PEDi, beliau hanya mempunyai asas penggunaan dan pendedahan berkenaan berkenaan ICT. Selain itu, beliau juga kurang mahir dalam kemahiran menaip serta tidak mengetahui fungsi perkakasan komputer serta tidak mengetahui fungsi perkakasan komputer serta tidak mahir dalam mengendalikan komputer dengan betul.

 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah menjadi ahli di PEDi, beliau rajin mengikuti kelas-kelas ICT yang dianjurkan oleh PEDi seperti kelas Microsoft Word, kelas multimedia seperti mewarna di aplikasi MyColorful, menjawab kuiz menggunakan Aplikasi E-Pembelajaran seperti Kahoot!, Quizizz dan juga cara menggunakan perkakasan komputer dengan baik. Pada mulanya, beliau tidak mahir untuk menggendalikan komputer dengan teknik yang betul, tetapi setelah menyertai kelas ICT bersama-sama petugas PEDi Kg Pagoh, beliau semakin mahir dalam penggunaan komputer. Tambahan pula, beliau sangat rajin bertanya semasa mengikuti kelas. Kini, beliau mahir mengendalikan komputer dengan sendiri tanpa memerlukan bantuan petugas. Malah, beliau mengajar kawan yang baru belajar berkenaan komputer.