BELAJAR INTERNET, MENAIP DENGAN BETUL & MENGENAL HURUF DI KEYBOARD

Nama : Muhd Ammar Zakwan Bin Zakaria
Umur : 12 tahun
Ahli : 2022

 

Latar belakang

Zakwan adalah anak keduadaripada tiga orang adik beradik Beliau tinggal di Rumah Rakyat berdekatan dengan Pusat Internet Digital (PEDi) Kg. Pagoh. Beliau bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kampung Raja. Beliau hanya berjalan kaki untuk datang ke PEDi. Beliau sering ke PEDi pada setiap cuti sekolah dan hari minggu untuk mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh PEDi. Beliau seorang yang rajin, bijak dan sopan-santun.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menjadi ahli PEDi, beliau hanya mempunyai asas penggunaan komputer. Beliau kurang pengetahuan dan pendedahan berkenaan  ICT. Selain itu, beliau juga kurang mahir dalam kemahiran menaip. Beliau juga tidak mengetahui fungsi perkakasan komputer dan tidak mahir mengendalikan komputer dengan betul

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah menjadi ahli PEDi, beliau rajin mengikuti kelas-kelas asas ICT yang dianjurkan oleh PEDi seperti kelas Microsoft Word, kelas multimedia seperti mewarna diaplikasi MyColorful, menjawab kuiz menggunakan Aplikasi E-Pembelajaran seperti Kahoot!, Quizizz dan juga cara menggunakan perkakasan komputer dengan baik.Pada mulanya,beliau tidak mahir untuk menggendalikan komputer dengan teknik yang betul, tetapi setelah menyertai kelas ICT bersama-sama petugas PEDi Kg. Pagoh, beliau semakin berminat dan mahir dalam penggunaankomputer. Tambahan pula, beliau sangat rajin menyertai aktiviti dan kelas yang dianjurkan. Kini, beliau mahir mengendalikan komputer dengan sendirinya tanpa memerlukan bantuan petugas. Malah beliau dengan senang hati membantu kawan yang tidak mahir berkenaan komputer.