BELAJAR INTERNET, MENAIP DENGAN BETUL & MENGENAL HURUF DI KEYBOARD

Nama : Nur Aina Sahirah Binti Mohd Sham
Umur : 12 tahun
Ahli : 2022

 

Latar belakang

Aina adalah anak kedua daripada tiga orang adik-beradik. Beliau tinggal di Rumah Rakyat berdekatan dengan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Pagoh. Beliau hanya berjalan kaki untuk datang ke NADI. Beliau sering ke NADI pada setiap cuti sekolah dan hari minggu untuk mengikuti kelas-kelas ICT yang dianjurkan oleh NADI. Beliau seorang yang rajin dan suka belajar perkara baharu.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menjadi ahli NADI, beliau tiada asas penggunaan komputer. Beliau kurang pengetahuan dan pendedahan berkenaan ICT. Selain itu, beliau juga kurang mahir dalamkemahiranmenaip serta tidak mengetahui fungsi perkakasan komputer serta tidak mahir mengendalikan komputer dengan betul.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah menjadi ahli NADI,beliau rajin mengikuti kelas-kelas asas ICT yang dianjurkan oleh NADI seperti kelas Microsoft Word, kelas multimedia seperti mewarna diaplikasi MyColorful, menjawab kuiz menggunakan Aplikasi E-Pembelajaran seperti Kahoot!, Quizizz dan juga tahu cara menggunakan perkakasan komputer dengan baik. Pada mulanya, beliau tidak mahir untuk menggendalikan komputer dengan teknik yang betul, tetapi setelah menyertai kelas ICT bersama-sama petugas NADI Kg. Pagoh, beliau semakin berminat dan mahir dalam penggunaan komputer. Tambahan pula, beliau sangat rajin bertanya semasa mengikut kelas. Kini, beliau mahir mengendalikan komputer dengan sendirinya tanpa memerlukan bantuan petugas. Malah beliau mengajar kawan yang baru belajar berkenaan komputer.