USAHAWAN KECIL AGEN FARM FRESH

Nama : Nur Syafikah Binti Pinueh
Umur : 26 tahun
Ahli : 2023

 

Latar belakang

Beliau merupakan anak kelahiran Pekan Pagoh dan seorang suri rumah tangga. Mula berjinak-jinak dalam perniagaan seawal zaman persekolahan. Beliau mula berani untuk berniaga secara atas talian pada tahun 2020 di atas dorongan dan sokongan dari ahli keluarga dan suami. Beliau hanya berniaga secara kecil-kecilan menjual barangan pelbagai dari rumah dibantu oleh suami,sebagai agen sahaja kerana kekangan masa kerana beliau merupakan pelajar Ijazah Sarjana (Master’s Degree) di Universiti tempatan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau dalam menjadi ahli di PEDi, beliau kurang pengetahuan dan pendedahan ilmu keusahawanan. Selain itu, beliau kurang kemahiran dalam mengiklankan produk beliau di laman sosial seperti di Facebook,Instagram dan juga WhatsApp Business.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah menjadi ahli PEDi, beliau rajin mengikuti kelas-kelas ICT dan juga keusahawanan yang dianjurkan oleh PEDiKg. Pagoh seperti kelas membuka akaun laman sosial di Instagram dan juga mengemaskini maklumat-maklumat tambahan di akaun Shopee. Selain itu,beliau juga sering mengikut kelas keusahawan yang dianjurkan oleh PEDi. Beliau juga, sering menanyakan pandangan, idea-idea dan cara-cara untuk memasarkan produk dilaman sosial dengan menggunakan gambar-gambar yang dapat menarik minat pelanggan untuk membeli produk yang dijual. Tambahan pula, beliau sangat mahir untuk membuat suntingan gambar untuk di muatnaik di laman sosial. Kini,beliau mahir dalam mengendalikan kedai atas talian menggunakan WhatsApp Business, Facebook dan Instagram agar dapat menarik minat pelanggan beliau.