BELAJAR INTERNET, MENAIP DENGAN BETUL & MENGENAL HURUF DI KEYBOARD

Nama : Marsha Damia
Umur : 9 tahun
Ahli : 2022

 

Latar belakang

Marsha Damia atau lebih mesra dipanggil sebagai Kak Mia merupakan anak kedua daripada 3 orang adik-beradik yang menetap di Kg Renchong, dimana jauh perjalanan selama 20 minit dari PEDi Kg Pagoh. Beliau sering ke PEDi setiap hari minggu iaitu Juma’at & Sabtu untuk mengikuti kelas ICT yang dianjurkan oleh PEDi. Beliau seorang yang sangat pintar dan cepat belajar.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau dalam menjadi ahli di PEDi, beliau kurang pengetahuan dan pendedahan tentang ICT. Selain itu, beliau juga kurang kemahiran dalam penggunaan komputer, kemahiran menaip, tidak mengetahui fungsi perkakasan komputer serta tidak mahir mengendalikan komputer dengan betul.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah menjadi ahli di PEDi, beliau rajin mengikuti kelas-kelas ICT yang dianjurkan oleh PEDi Kg. Pagoh seperti kelas Microsoft Word, kelas multimedia seperti melukis di aplikasi Paint, membuka video daripada aplikasi Youtube, menjawab kuiz menggunakan Aplikasi E-Pembelajaran seperti Wordwall dan juga cara menggunakan perkakasan komputer dengan baik. Pada mulanya, beliau tidak mahir untuk menggendalikan komputer dengan teknik yang betul, tetapi setelah menyertai kelas ICT bersama-sama petugas PEDi Kg Pagoh, beliau semakin minat dan mula mahir dalam penggunaan komputer. Tambahan pula, beliau sangat rajin bertanya semasa mengikuti kelas yang dilaksanakan. Kini, beliau sudah mahir mengendalikan komputer dengan sendirinya tanpa memerlukan bantuan petugas dan sering ke PEDi Kg Pagoh untuk belajar ICT.