USAHAWAN KECIL BUTIK VENDOR

Nama : Najwa Binti Shahril
Umur : 30 tahun
Ahli : 2022

 

Latar belakang

Beliau merupakan anak kelahiran Pekan Pagoh dan seorang suri rumah tangga. Pada awalnya, beliau hanya berniaga kecil-kecilan menjual barangan kosmetik di rumah, sebagai dropship ataupun reseller sahaja. Tetapi, permintaan ramai dan mendapat sokongan daripada keluarga, rakan-rakan dan juga pelanggan, Pn.Najwa membuat keputusan untuk membuka sebuah kedai vendor yang dikenali sebagai Butik Rawa.co. Beliau berazam untuk mempunyai sebuah butik yang menjual produk barangan tempatan di kawasan luar bandar.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau dalam menjadi ahli di PEDi, beliau kurang pengetahuan dan pendedahan tentang ICT dan juga ilmu keusahawanan. Selain itu, beliau juga kurang kemahiran dalam penggunaan MS Office seperti excel untuk membuat kiraan gaji bagi pekerja dan juga kurang kemahiran dalam mengiklankan produk beliau di laman sosial seperti di Facebook, Instagram dan juga Shopee.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah menjadi ahli di PEDi, beliau rajin mengikuti kelas-kelas ICT dan juga keusahawanan yang dianjurkan oleh PEDi Kg. Pagoh seperti kelas membuka akaun laman sosial di Instagram dan juga mengemaskini maklumat-maklumat tambahan di akaun Shopee. Selain itu, beliau juga sering mengikut kelas ICT yang dianjurkan oleh PEDi dalam mempelajari cara-cara menggunakan MS Offce iaitu Excel dalam membuat rekod bagi kiraan gaji untuk pekerja-pekerja beliau.

Beliau juga, sering menanyakan pandangan, idea-idea dan cara-cara untuk memasarkan produk mereka di laman sosial dengan menggunakan gambar-gambar yang dapat menarik minat pelanggan untuk membeli produk yang dijual. Beliau juga, amat meminati dengan kelas keusahawanan dan juga ICT yang telah dianjurkan oleh PEDi. Tambahan pula, beliau sangat rajin bertanya semasa mengikuti kelas yang dilaksanakan. Kini, beliau sudah mahir menggunakan MS Office iaitu Excel dalam membuat rekod kewangan dan mahir dalam mengendalikan kedai atas talian menggunakan Aplikasi Shopee agar dapat menarik minat pelanggan beliau.

 

Butik Rawa Pic Rack 1Butik Rawa Pic Rack 2

Antara produk yang dijual & ada di vendor Pn Najwa Binti Shahril