Tarikh |
: |
18/04/2024 |
Masa |
: |
12:00 tgh hari - 1:00 petang |
Lokasi |
: |
NADI Kg Pagoh |
Peserta |
: |
2 orang |
Tujuan :
Latihan ini bagi meningkatkan penglibatan peserta untuk hadir ke NADI untuk menyertai aktiviti–aktiviti yang diadakan. Menggalakkan peserta untuk datang ke NADI untuk meningkatkan pengetahuan ICT secara lebih meluas. Menarik minat peserta untuk hadir ke NADI meningkatkan kemahiran ICT.
Aktiviti :
Peserta membuat latihan kerja kursus menggunakan perkhidmatan NADI Kg Pagoh. Petugas mengajar pelatih GIATMARA memasukkan gambar ke dalam Microsoft Word. Menggunakan cara insert > pictures > this device > pilih gambar dalam folder yang telah disimpan
GAMBAR DISINI
Tarikh |
: |
08/04/2024 |
Masa |
: |
11:00 pagi - 12:00 tgh hari |
Lokasi |
: |
NADI Kg Pagoh |
Peserta |
: |
1 orang |
Tujuan :
Latihan ini bagi membantu usahawan dalam memasarkan produk mereka secara dalam talian. Memberi informasi yang terbaharu kepada usahawan agar mereka tidak tercicir. Melatih usahawan untuk sentiasa maju dalam dunia IT dan menggunakan platform sosial media yang dapat membantu pasarkan produk mereka
Aktiviti :
Petugas memberikan penerangan berkenaan chatGPT. Usahawan membuka akaun chatGPT bagi memudahkan pembelajaran. Petugas memberi contoh command ayat ke dalam chatGPT; cara mempromosikan produk dalam talian. Usahawan boleh menambah atau menyunting ayat yang lebih bersesuaian
GAMBAR DISINI
Tarikh |
: |
27/04/2024 |
Masa |
: |
10:30 pagi - 11:30 pagi |
Lokasi |
: |
NADI Kg Pagoh |
Peserta |
: |
12 orang |
Tujuan :
Aktiviti ini dijalankan adalah bersempena Hari Raya Aidilfitri. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membuka minda peserta menggunakan barangan terpakai untuk dijadikan kereta dan sebagainya.
AKTIVITI:
Didalam kelas ini, peserta cilik membuat kereta dan bergerak menggunakan belon. Peserta cilik membuat tayar dibahagian hadapan dengan melekatkan hujung lidi pada 2 penutup botol dan membuat sekali lagi untuk membuat tayar belakang. seterusnya, peserta cilik menampal tengah2 lidi dengan soletape di atas dan bawah botol. kemudian, peserta cilik membuat lubang di bahagian atas botol. akhir sekali, peserta cilik mengikat belon pada straw dan memasukkan straw kedalam lubang dan siap!
Tarikh |
: |
27/04/2024 |
Masa |
: |
11:30 pagi - 12:30 pagi |
Lokasi |
: |
NADI Kg Pagoh |
Peserta |
: |
12 orang |
Tujuan :
Aktiviti ini dijalankan adalah bersempena Hari Raya Aidilfitri. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menilai sejauhmana generasi muda peka akan kuih muih dan tradisi melayu serta menilai sejauhmana mereka mengetahui lagu raya.
AKTIVITI:
Didalam kelas ini, peserta cilik menjawab 3 jenis quiz yang berbeza yang disediakan melalui quizizz.
Tarikh |
: |
27/04/2024 |
Masa |
: |
09:30 pagi - 10:30 pagi |
Lokasi |
: |
NADI Kg Pagoh |
Peserta |
: |
12 orang |
Tujuan :
Aktiviti ini dijalankan adalah bersempena Hari Raya Aidilfitri. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengasah kreativiti peserta cilik dan menghias NADI Kg Pagoh.
AKTIVITI:
Didalam kelas ini, peserta cilik membuat garisan diatas kertas warna hijau dan kuning dan menggunting mengikut arahan. kemudian peserta cilik menampal kertas yang digunting diatas kertas putih berbentuk segi empat sama. akhir sekali, peserta cilik menyulam kertas warna berselang seli untuk mendapatkan corak ketupat.