Tarikh

:

27/04/2024

Masa

:

09:00 pagi - 09:30 pagi

Lokasi

:

NADI Kg Pagoh

Peserta

:

12 orang

 

Tujuan : 

Aktiviti ini dijalankan adalah bersempena Hari Raya Aidilfitri. Tujuan aktiviti ini diadakan adah untuk membuang rasa malu peserta cilik untuk kehadapan selain untuk memeriahkan aktiviti pada hari tersebut.

AKTIVITI:

Didalam kelas ini, peserta cilik diminta untuk menyanyikan lagu raya. terdapat beberapa peserta cilik yang menari seiring dengan lagu yang dimainkan. 

Tarikh

:

20/04/2024

Masa

:

04:00 pagi - 05:00 petang

Lokasi

:

NADI Kg Pagoh

Peserta

:

4 orang

 

Tujuan : 

Kelas ini dijalankan adalah bersempena hari bumi pada 22 April 2024 (Isnin). Tujuan kelas ini dibuat adalah untuk mendedahkan kepada peserta cilik, botol plastik boleh dikitar semula untuk pelbagai kegunaan antaranya pasu plastik sesuai dengan tema hari bumi 2024 iaitu "Planet vs Plastics".

AKTIVITI:

Didalam kelas ini, peserta cilik menggunakan botol plastik sebagai pasu untuk aktiviti penanaman pokok. Seterusnya peserta memasukkan tanah kedalam pasu plastik masing2 dan menanam pokok pilihan mereka. 

Tarikh

:

19/04/2024

Masa

:

03:00 pagi - 04:00 petang

Lokasi

:

NADI Kg Pagoh

Peserta

:

4 orang

 

Tujuan : 

Kelas ini dijalankan adalah untuk menggalakkan jiwa kreativiti peserta cilik dan mengasah minda untuk menyesuaikan bentuk kepada bentuk haiwan kesukaannya.

 

AKTIVITI:

Peserta cilik memilih haiwan kesukaan dan membuat bentuk berdasarkan haiwan kesukaannya. Setelah siap, peserta mewarnakan bentuk mengikut kreativitinya.

Tarikh

:

20/04/2024

Masa

:

03:00 pagi - 04:00 petang

Lokasi

:

NADI Kg Pagoh

Peserta

:

4 orang

 

Tujuan : 

Kelas ini dijalankan adalah bersempena hari bumi pada 22 April 2024 (Isnin). melalui kelas ini, peserta cilik diajar untuk mengasingkan sampah kedalam tong sampah kitar semula mengikut jenis sampah sama ada kertas, plastik, kaca dan logam.

AKTIVITI:

Tujuan kelas ini dibuat adalah untuk mendedahkan kepada peserta cilik bahawa tidak semua sampah perlu dibuang kerana sebahagian besarnya boleh dikitar semula untuk melestarikan alam sekitar.

Tarikh

:

18/04/2024

Masa

:

2:00 petang - 3:00 petang

Lokasi

:

NADI Kg Pagoh

Peserta

:

2 orang

 

Tujuan : 

Latihan ini bagi meningkatkan penglibatan peserta untuk hadir ke NADI untuk menyertai aktiviti–aktiviti yang diadakan. Menggalakkan peserta untuk datang ke NADI untuk meningkatkan pengetahuan ICT secara lebih meluas. Menarik minat peserta untuk hadir ke NADI meningkatkan kemahiran ICT.

 

Aktiviti : 

Peserta membuat latihan kerja kursus menggunakan perkhidmatan NADI Kg Pagoh. Petugas mengajar pelatih GIATMARA menggunakan PDF editor memudahkan mereka untuk mengisi ruang kosong dalam kerja kursus tersebut.

 

GAMBAR DISINI